Saturday, May 9, 2009

Man Ana???



Hanya insan biasa yang mengharapkan kasih sayang dan rahmat ALLAH.. Yang lemah dan tak berdaya.. Insan yang sentiasa diuji dengan istidraj dan sering lalai..sentiasa mengharapkan ALLAH masih memilih diri ini untuk menegakkan agamaNYA...


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Ya, ALLAH..

Luruskanlah hatiku,agar agamaku lurus

Betulkanlah hatiku, agarku ikhlas selalu

Tetapkanlah hatiku agarku tidak tergugat

Dengan ujian yang menimpa
Ya, ALLAH.. Tuhan yang menciptakan hati

Bersihkanlah hatiku,agar mazmumahku tidak merosakkan agamaku

Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,kuatkanlah hatiku

Agar keyakinanku tidak berubah

Supaya aku sentiasa tabah
Tuhan..Engkau resapkanlah hatiku

Sentiasa bersamaMu

Supaya aku rasa ada kawan melindungiku

Agar aku tidak rasa sepi dalam hidupku
Aku berasa malu melanggar perintahMu

Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu
Ya ALLAH..Tuhan yang menjaga hati

Baikilah hatiku agar seluruh hidupku menjadi baik

Supaya tidak khianat, tidak hasad dan tidak berdendam

Sesama manusia..
Tuhan, limpahkanlah kedalam hatiku

Ilmu dan hikmah

Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku

Supaya zahir batinku bersyariat

Agar zahir batinku menjadi taat
Tuhan, aku harap engkau kabulkanlah doaku ini..
Waallahualam..

0 comments: